Bismillahirahmanirrahim
In the name of God, most graceful most merciful.


Dear brothers and sisters I welcome you with the universal beautiful greetings of Islam
Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh

Sunday, December 15, 2013

Surat Terbuka Bakal Calon SPM MRSM TGS


Surat Terbuka Kepada Calon-calon SPM 2014.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

إِنَّ الحَمْدَ لله نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

Sesesungguhnya segala pujian adalah milik Allah , kami memujiNya dan meminta ampun kepadaNya, berlindung dari kejahatan jiwa-jiwa kami dan kejelekan amal-amal kami. Barangsiapa Allah tunjuki maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Ia sesatkan maka tidak ada yang dapat menunjukinya. Aku bersaksi bahwa tidak ilah (Tuhan) yang haq selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah rasul-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar khatamun Nabi, saiyidil-mursalin Muhammad Ibn Abdullah Rasulullah s.a.w. Nabi dan Rasul umat akhir zaman, ketua nabi-nabi dan rasul-rasul, pembawa rahmat seluruh alam. Juga salam ke atas seisi keluarga baginda, para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin, syuhada’ dan solihin amnya sama ada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke hadrat Illahi. Semoga semuanya dirahmati Allah dan kekal dalam peliharaan-Nya.

سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Al-Baqarah,2: 32

Monday, December 13, 2010

KETAQWAAN- kuasa paling sempurna


KUASA TAQWA PEREMPUAN


* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Thursday, November 18, 2010

Budak usahawan yang kaya!

Budak usahawan yang kaya!

Beberapa tahun dahulu, seorang budak berumur 12 tahun yang bernama Michael yang tinggal di Houstan mahu mencari duit poket. Beliau memilih untuk menjadi seorang budak penghantar suratkhabar. Kemudian beliau diberikan suratkhabar bersama-sama dengan nama orang yang masih belum melanggan suratkhabar tersebut.

Mereka tinggal berselerakan dibandar tersebut. Kerja Michael ialah memastikan senarai nama tersebut melanggan suratkhabar. Beliau mendapat beberapa orang untuk melanggan surat khabar tersebut, tetapi tidak begitu ramai. Tetapi tidak lama selepas itu, beliau terlihat satu corak yang sama : terdapat dua kumpulan orang yang mahu melanggan surat khabar beliau jika dibandingkan dengan yang lain..

 1. Orang yang baru berpindah kerumah baru
 2. Orang yang baru berkahwin

Kehidupan dua kumpulan diatas baru sahaja bertukar, dan mereka memerlukan semua benda termasuk langgan suratkhabar. Selepas Michael mengetahui corak tersebut, beliau mula berfikir cara untuk mendapatkan senarai nama orang-orang dari dua kumpulan diatas sahaja. Beliau bertanyakan orang dan beliau mendapat jawapannya : majlis perbandaran.

Kemudian Michael memberi upah kepada seorang budak untuk pergi ke majlis perbandaran setiap hari untuk mendapatkan nama orang yang baru berpindah dan memohon lesen untuk berkahwin. Micheal terus menumpukan sepenuh tenaga untuk menjual langgan suratkhabar kepada senarai nama ini. Senarai namanya menjadi semakin kecil tetapi jualannya meningkat berkali ganda. Beliau membuat wang lebih banyak daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya.

Selepas habis musim cuti, Michael menjana komisen lebih banyak daripada gaji cikgunya sendiri. Hari ini Michael adalah seorang Billionarie. Dan beliau menjadi kaya kerana beliau telah belajar satu pengajaran pada masa yang awal : menjual kepada sasaran pasaran yang tepat. Anda mungkin pernah mendengar nama beliau dan syarikat beliau. Nama penuhnya ialah Michael Dell, pengeluar komputer peribadi no 1 didunia.

Apa yang boleh anda pelajari:

 - Jangan cuba untuk menjual semua benda kepada semua orang. Fokus kepada pasaran yang tepat yang mahu membeli produk anda.

 - Komputer Dell adalah satu syarikat yang cukup besar pada hari ini. Walaupun begitu
   terdapat jabatan dalam syarikatnya sendiri. Satu jabatan hanya menjual kepada syarikat kecil. Satu jabatan lagi akan menjual kepada kerajaan. Selepas anda menang pada satu pasaran, anda berpindah kepada pasaran yang lain pula.

Sekadar satu perkongsian....

Monday, June 21, 2010

Status Hukum Facebook



Bismillahirrahmanirrahmin..
awalnya, sy dahulukan dgn tahniah atas kesedaran di kalangan pelajar2 dan generasi muda-generasi Quran menerusi post berkenaan FB nih.(http://www.facebook.com/photo.php?pid=233300&id=100000590144604)

Bagi sesetengah, isu ini agak lapuk. Namun mungkin bg adik2 yg baru kenal dunia, hukum FB setakat ni adalah HARUS walau bagaimanapun berhatilah dengan musuh-musuh Islam. Mereka sentiasa berusaha menjatuhkan kita dan kita juga perlu berusaha menggagalkan usaha mereka. Semoga kita memilih dan menggunakan sesuatu itu yang memberi kebaikan ummah luar dan dalam.

Artikel penuh boleh dibaca.. (baca sampai habis.. baca komen sekali!) di http://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/

Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan masyarakat yg gila dgn FB hingga melalaikan dan mengabaikan kerja2 yg sepatutnya. Sebaiknya kita menjadi sebilangan yg memanfaatkan FB utk mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Stp sesuatu ada baik dan buruknya. Pisau boleh digunakan utk memasak makanan dan bisa saja digunakan sbg alat membunuh. Justeru berdosakah org yg membuat, menjual pisau? :) Ayuh mendoakan agar lbh ramai dikalangan masyarakat kebanyakan menggunakan FB dgn nilai manfaat positif. Wallahua'lam..

p/s: bacaan tambahan: http://malaysiaglasgow.co.uk/izani/?p=996

Tuesday, June 15, 2010

Hamm Vs Coke


Dalam sibuk menahan mata yang pejam celik pejam celik dek kerana mengantuk dalam kuliah petang, tiba-tiba teringat soalan yang pernah diajukan oleh pelajar tingkatan satu semasa aku sibuk meronda kelas prep malam.

"Cikgu...kenapa babi itu haram di sisi Islam?", tanya seorang pelajar tingkatan satu.
Termenung sekejap dalam nak jawab..
Dalam kes macam ini, sukar rasanya jika memuaskan hati penyoal dengan hujah naqli semata-mata. Bukan tak boleh tapi tak nak, sebab? dalam hal ini ia boleh dianalogikan seumpama makan lauk pedas kemudian balas dengan air sejuk. Apa rasa?

Monday, June 14, 2010

Pasir: Antara Kaca dan Tanah Liat

Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.

“Aji, aku nak cakap sikitla”, bisik sang teman nada keluhan.
“Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh…”, balas saya cuba menenangkan keadaan.

“Aku rasa tak bersemangatla nak bawak dakwah ni… Perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang…” 

First Time

~ Bismillahirrahmanirrahim
In the name of God, most graceful most merciful.

Ahlan wa sahlan wa marhabanbikum
Dear brothers, sisters I welcome you with the universal beautiful greetings of Islam, Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh..may peace be with you.

Alhamdulillah after two hours of brainstorming with critical-handling manipulating the MS Word 2007, finally I manage to complete this task. Please wait for the presentation session. Hopefully you could stay with me along the upcoming session. May Allah bless you..May the force be with you.

p/s: hehehe... never think I will have my own blog