Bismillahirahmanirrahim
In the name of God, most graceful most merciful.


Dear brothers and sisters I welcome you with the universal beautiful greetings of Islam
Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh

Thursday, November 18, 2010

Budak usahawan yang kaya!

Budak usahawan yang kaya!

Beberapa tahun dahulu, seorang budak berumur 12 tahun yang bernama Michael yang tinggal di Houstan mahu mencari duit poket. Beliau memilih untuk menjadi seorang budak penghantar suratkhabar. Kemudian beliau diberikan suratkhabar bersama-sama dengan nama orang yang masih belum melanggan suratkhabar tersebut.

Mereka tinggal berselerakan dibandar tersebut. Kerja Michael ialah memastikan senarai nama tersebut melanggan suratkhabar. Beliau mendapat beberapa orang untuk melanggan surat khabar tersebut, tetapi tidak begitu ramai. Tetapi tidak lama selepas itu, beliau terlihat satu corak yang sama : terdapat dua kumpulan orang yang mahu melanggan surat khabar beliau jika dibandingkan dengan yang lain..

 1. Orang yang baru berpindah kerumah baru
 2. Orang yang baru berkahwin

Kehidupan dua kumpulan diatas baru sahaja bertukar, dan mereka memerlukan semua benda termasuk langgan suratkhabar. Selepas Michael mengetahui corak tersebut, beliau mula berfikir cara untuk mendapatkan senarai nama orang-orang dari dua kumpulan diatas sahaja. Beliau bertanyakan orang dan beliau mendapat jawapannya : majlis perbandaran.

Kemudian Michael memberi upah kepada seorang budak untuk pergi ke majlis perbandaran setiap hari untuk mendapatkan nama orang yang baru berpindah dan memohon lesen untuk berkahwin. Micheal terus menumpukan sepenuh tenaga untuk menjual langgan suratkhabar kepada senarai nama ini. Senarai namanya menjadi semakin kecil tetapi jualannya meningkat berkali ganda. Beliau membuat wang lebih banyak daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya.

Selepas habis musim cuti, Michael menjana komisen lebih banyak daripada gaji cikgunya sendiri. Hari ini Michael adalah seorang Billionarie. Dan beliau menjadi kaya kerana beliau telah belajar satu pengajaran pada masa yang awal : menjual kepada sasaran pasaran yang tepat. Anda mungkin pernah mendengar nama beliau dan syarikat beliau. Nama penuhnya ialah Michael Dell, pengeluar komputer peribadi no 1 didunia.

Apa yang boleh anda pelajari:

 - Jangan cuba untuk menjual semua benda kepada semua orang. Fokus kepada pasaran yang tepat yang mahu membeli produk anda.

 - Komputer Dell adalah satu syarikat yang cukup besar pada hari ini. Walaupun begitu
   terdapat jabatan dalam syarikatnya sendiri. Satu jabatan hanya menjual kepada syarikat kecil. Satu jabatan lagi akan menjual kepada kerajaan. Selepas anda menang pada satu pasaran, anda berpindah kepada pasaran yang lain pula.

Sekadar satu perkongsian....