Bismillahirahmanirrahim
In the name of God, most graceful most merciful.


Dear brothers and sisters I welcome you with the universal beautiful greetings of Islam
Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh

Tuesday, June 15, 2010

Hamm Vs Coke


Dalam sibuk menahan mata yang pejam celik pejam celik dek kerana mengantuk dalam kuliah petang, tiba-tiba teringat soalan yang pernah diajukan oleh pelajar tingkatan satu semasa aku sibuk meronda kelas prep malam.

"Cikgu...kenapa babi itu haram di sisi Islam?", tanya seorang pelajar tingkatan satu.
Termenung sekejap dalam nak jawab..
Dalam kes macam ini, sukar rasanya jika memuaskan hati penyoal dengan hujah naqli semata-mata. Bukan tak boleh tapi tak nak, sebab? dalam hal ini ia boleh dianalogikan seumpama makan lauk pedas kemudian balas dengan air sejuk. Apa rasa?



Yang berlaku biasanya, si pedas (orang yang kepedasan itu tadi) kita kena minum air sejuk dalam kuantiti yang banyak baru puas. Natijahnya, perut kita cepat kembong a.k.a boyot. hehehe... Lain halnya jika kita bilas pedas di tekak pijar di bibir dengan air suam atau air panas. Minum sedikit sahaja berbanding kuantiti air sejuk tadi sekejap je hilang rasa pedas. 


Dalam persoalan ini, hujah naqli bisa diberi.. namun memerlukan penjelasan dan huraian yang banyak macam air sejuk tadi. Tapi apakah ukuran banyak kepada pelajar yang bertanya (si pedas)? Boleh jadi bagi yang menjawab soalan, hujah yang diberi dah terasa banyak tapi belum tentu kepada yang menyoal. 


Boleh sangat kalau nak jawab "Allah kata haram.. so, haram la", tapi nampak sangat tak ilmiah macam pelajar tadi pula yang jadi cikgu lantaran soalan yang sangat mencabar..


Selongkar punya selongkar, Alhamdulillah dengan izin Allah aku ketemu kembali video lama yang pernah ku tonton berkisar tentang pengharaman babi. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your response. I'll come back to you shortly ~ InsyaAllah ( by God's will) :)